Wednesday, 5 December 2012

mencari


aku masih tercari-cari rentak belajar semester ni .
aku masih tak atur lagi bila waktu sesuai nak study .
Sabtu atau Ahad ? subjek mana nak mula dulu ?
semua masih samar lagi .

tapi aku yakin, dalam beberapa hari lagi aku akan jumpa
rentak nak belajar tu .
kalau dulu aku selalu pukul 3 atau 4 pagi nak study .
tapi itu masa di semester 1 dan 2 .

semenjak semester 3 aku perasan yang subjek dipelajari semakin berat.
adakalanya tak terjaga pukul 3 atau 4 pagi tu sebab keletihan
dengan kelas pada sebelah siangnya .

tapi aku cover balik dengan study pada sebelah malam dalam pukul 9-11 malam.

tetap cari juga masa nak study.

semakin lama subjek semakin susah .
dan ini aku terima sebagai cabaran .
apalah hidup tanpa cabaran.
apalah hidup tanpa ujian .

nota kaki : aku rasa aku dah jatuh cinta dengan blog ni, setiap hari ada je benda nak letak dalam entry .



1 comment:

  1. assalamualaikum ...semakin seronok yer...:)

    ReplyDelete

 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI