Sunday, 9 December 2012

Kelebihan belajar di Sekolah Berasrama Penuh ( SBP )


Assalamualaikum adik-adik .

Pertamanya, entry ini ditulis bukan untuk mengagungkan Sekolah Berasrama Penuh, bukan pula untuk menghina sekolah harian biasa,sekolah teknik atau sekolah-sekolah lain. Entry ini ditulis untuk panduan atau mungkin serba sedikit pengenalan kepada kehidupan SBP bagi adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR atau PMR .

APA ITU SEKOLAH BERASRAMA PENUH ?

Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) merupakan sekolah yang 100% di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia . Berbeza dengan MRSM yang merupakan bawah kelolaan MARA yang bukan 100% kerajaan namun ianya di bawah kawalan KPM juga .

BAGAIMANA MEMOHON ?

Setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menghebahkan kepada umum tentang permohonan ke SBP bagi calon PMR dan UPSR .Bagaimana pun, permohonan untuk 2013, saya rasa telah ditutup .Namun, bagi adik-adik yang terlepas tarikh atau gagal dalam sesi pertama, boleh mohon untuk rayuan atau dikenali sebagai kemasukan kedua ( second intake ). nak lebih afdal, boleh hubungi terus pihak pengurusan sekolah untuk rayuan.

KELAYAKAN ?

Baiklah, memandangkan Sekolah Berasrama Penuh merupakan sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Budak Pandai , maka keputusan UPSR dan PMR anda haruslah cemerlang . Dalam pengetahuan saya, straight A ( 5A UPSR, 8A PMR. Kalau selain dari tu, ha tu guna orang dalam lah kot nak masuk) . Tapi kalau MRSM, B boleh mohon lagi asalkan B bukan subjek Sains dan Matematik .

ok cukup, atas tu cuma intro ( panjang betul ye ). sekarang masuk kepada main point kita, KELEBIHAN BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH ( SBP ).

KELEBIHAN

1) BERDIKARI

Berdiri di atas kaki sendiri . ye, ianya kelebihan. mengajar adik-adik jangan malas.basuh baju sendiri, lipat sendiri,kapur kasut sendiri, iron baju sendiri . semua SENDIRI . haha. ada berani ? sahutlah cabaran, anak manja !

2) MAKAN ORANG SEDIAKAN 

Ha ini part best bagi saya (teringat kenangan dulu-dulu) . semua sekolah SBP mempunyai Dewan Makan sendiri. waktu makan tu, tinggal ambil, pastu suap dalam mulut je. Bersyukurlah adik-adik, dah la anda pelajar terpilih, makan pun orang sediakan,apa lagi ? bersyukurlah .

3) SEMANGAT ASSABIAH YANG TINGGI ( kadang-kadang melampau. haha )

Ini dapat dilihat paling ketara waktu hari sukan . Rumah Y boikot Rumah X. haha .semangat ni, ada baik buruknya. tentang hubungan senior junior, buli itu tak dapat nak elak . eh asalkan anda tak ganggu orang, kenapa anda perlu takut. ada senior buli ? guru disiplin ada. setiap sekolah ada undang-undang. tapi jangan lah melampau sampai kalau setakat senior pandang macam nak makan je ang pi jumpa cikgu disiplin. manja sangat tu ! euwww . lagi satu, semua sekolah SBP mengamalkan sistem merit( tambah markah) dan dimerit( tolak markah) . markah anda merit kalau ada ahli rumah( bukan rumah sewa, rumah sukan) yang aktif dalam several activities macam pidato, sukan, wakil sekolah ke Jepun . tapi ! dimerit akan berlaku jika ada pelajar yang melanggar peraturan sekolah mcm bawak handphone, buli, hisap rokok .pada akhir tahun, rumah sukan yang mempunyai merit tertinggi akan diiktiraf Juara. kire hebakk ar ni ahli rumah sukan tu .

4) PELUANG MEMPELAJARI BAHASA KETIGA

Teruja tak? tapi bagi peminat K-Pop, harap maaf, takde bahasa Korea. SBP hanya sediakan tiga bahasa utama iaitu Arab,Jepun,dan Perancis . setiap tahun juga, SBP akan hantar student nye ke negara tersebut ( selalunya budak Jepun lah dapat kalau sekolah aku dulu ) dalam program pertukaran pelajar . anda ke sana, pelajar luar negara ke sini (Malaysia) .

5) PELUANG AKTIF DALAM BIDANG KO-KURIKULUM .

Okey, tak dinafikan semua sekolah ada ko-kukurikulum.tapi istimewanya SBP ni, masa berlatih lebih banyak memandangkan anda pelajar asrama. contoh la ye macam sekolah aku ( promote sekolah ke kak? a'ah, sikit lah. haha ) Kami merupakan Johan Kawad Kaki Peingkat Kebangsaan sebanyak berapa kali entah sebab...selalu kot menang( bkn riak,cuma contoh ) rahsianya? sebab pagi petang siang malam berlatih . kadang2, pengetua bagi kelonggaran balik kelas awal untuk berlatih kawad. best kan ? Kriket pun nama kami harum mekar di peringkat Kebangsaan. ada juga bidang ko-kurikulum lain macam ragbi, debat..semua ada nama . ada juga yang wakil sekolah ke luar negara dlm pelbagai bidang contoh : robotik dan engineering.

6) PROGRAM LAWATAN KE LUAR NEGARA 

Ada sesetengah sekolah SBP, buat lawatan ke sekolah lain di luar negara dalam usaha nak dapatkan kebitaraan sekolah mereka. Macam pertukaran pelajar jugak lah, dan mereka bertukar-tukar pendapat dan pengalaman macam sistem perpustakaan, sistem pembelajaran, IT dan macam-macam lagi.

7) BERSAING DENGAN PELAJAR LAIN 

dah nama SBP, pasti mengumpulkan pelajar-pelajar cemerlang seluruh negara . persaingan pun sengit, semangat nak belajar pun positif sebab semua berlumba-lumba nak jadi yang terbaik. ada juga cikgu buat kelas tambahan PERCUMA je tanpa bayaran untuk pelajar. kalau sekolah harian, tuisyen kan dah kena bayar, mahal pulak tu .SBP semua cukup adik-adik, tinggal belajar je .


eh? banyak dah ke aku taip ? nak tahu banyak lagi tentang SBP, boleh tanya aku .
nak tahu senarai SBP di Malaysia, klik sini . mintak maaf untuk penggunaan aku sebab selesa dengan penggunaan tu .tapi kalau korang tanya, aku guna lah AKAK, ayu sikit. harr harr.

KENAPA AKU TAK TULIS TENTANG KEBURUKAN SBP ? ATAU KEBAIKAN MRSM ?

JAWAPAN NYA : sebab aku produk SBP . SBP banyak ajar aku makna hidup . ajar aku tak riak, ajar aku ingat mak bapak, ajar aku berkawan, yakin diri, banyak lagi . dah tentu aku akan sokong sesiapa yang nak masuk SBP . aku tak kata MRSM tu tak bagus, MRSM pun hebakk .cuma aku tak ada pengalaman bersekolah di situ .APA? KAU MINAT MRSM ? ok, boleh pergi Google MRSM. haha.

TERIMA KASIH ! :D







41 comments:

  1. betul..walopun sy bukan produk sbp sbb xbrape cemaerlang..tp bersekolah di sek cemerlang akan setidak2 nya ajari sesuatu yg cemerlang..err..macam2 ada..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar mana-mana pun sama sebenarnya :)

      Delete
  2. yup stuju , student SBP kebanyakan lebih berdikari :)

    ReplyDelete
  3. singgah sini...balas kunjungan...follow awak dan salam kenal... ^_^

    ReplyDelete
  4. OK nice~~~#from a mrsm student

    ReplyDelete
  5. Itu bgs ke seklh asrama penuh..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn statment penulis blog.

    Anak sya pun ade kat SBP skrg ni, baru form 1, mengambil bahasa ketiga iaitu Bahasa Jepun. Daftar masuk sekolah pada 4 Jan 2013, Bulan Mac ni dah mewakili negara utk lawatan sambil belajar ke negara Jepun.

    Anak sya amat berminat dalam bahasa jepun dan setakat ini dia dah dapat hafal sebanyak 300++ patah perkataan jepun (hiragana). Geografi jepun dia pun sya amat kagum, dia tahu jenis jenis makanan, sejarah dan budaya orang jepun.

    Ini merupakan contoh contoh yang baik dan ada pada SBP. Sya berpendapat kalau anak sya masih belajar kat sekolah harian... hmmm...sya tak yakin beliau akan dapat peluang seperti apa yang beliau dapat setakat ini. Kehidupan anak sya juga ceria dan beliau amat gembira berada di SBP, walaupun homesick, tapi sya tanamkan target akan cita cita dan apa yng dia nak dalam kehidupan dia akan tercapai.

    Dia letak target, kita sebagai ibubapa membantu dalam mencapai target mereka sahaja.

    Sya mohon sebagai orang bumiputera di negara Malaysia ini, ambillah peluang yng ada ini, apakah akan terjadi JIKA SBP ini dibuka peluang 100% bagi orang orang non bumi...:-) anda jawab la sendiri *jeng*jeng*jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus :) semoga anak akan terus mengukir kejayaan di SBP dan menjadi contoh serta sumber inspirasi buat pelajar Bumiputera untuk berlumba belajar di SBP :)

      Delete
  7. Bntu aku..aku buntu ni...ngh tgu result adek kuor...tp x taw mn better..mrsm or sbp?help me...bg suggest ckit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua-dua nya bagus. MRSM sistem nya seperti di universiti. ikut pointer.tapi subjek macam sekolah lah jugak. SBP pula memang sistem sekolah, kalau exam tengok berapa A, MRSM pulak tengok pointer macam 3.5,3.3, so on.

      pada aku dua-dua pon bagus sebab kalau habis SPM, dapat pulak result gila punya bagus, takde pulak statement "biasiswa ini hanya layak untuk MRSM blablabla"sape layak, dia dapat lah.

      Dua-dua pon kena 5A nak masuk especially A in subject Math n Science.

      Aku cadang suruh lah adik kau, xpon kau sendiri, xpon mak/ayah ke wat istikharah untuk dia.. yang terbaik tu dari Allah :)

      Delete
  8. Askom n Hai...Nk tny! Form 1 p0n ada lawatan ke luar negara ke untuk sbp???

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends pada sekolah. pertukaran pelajar ke luar negara selalu nya pihak sekolah akan memilih mereka yang menunjukkan prestasi yang bagus dari segi akademik mahupun kokurikulum. jadi bergiat aktiflah dlm apa2 persatuan/kelab di sekolah selain tunjukkan keputusan yg cemerlang setiap kali peperiksaan.

      Delete
  9. Alahaii taktau ah nak keluar sbp ke tak ni sbb tak dpt tangkap pelajaran tapi diorang ckp sini masa depan cerah senang masuk universiti em

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar mana2 pon sama dik. jangan mind set yang masuk SBP ni semua pandai dah habis sekolah confirm boleh masuk U. ada je yang terkandas masa di universiti. yang menentukan kita berjaya bukan di mana sekolah kita, SBP ke tak tapi diri kita sendiri, kemahuan kita nak belajar tu sejauh mana. mana pon kamu belajar, kalau betul kamu cintakan ilmu,usaha kamu gigih, insyaAllah boleh berjaya :)

      Delete
  10. Replies
    1. sekolah menengah sains kota tinggi,johor.

      Delete
  11. Replies
    1. sekolah menengah sains kota tinggi, johor.

      Delete
  12. sbp ni aktif kerr dlm bidang sukan akak? sbb sye prnah wakil negeri dlm sukan olahraga ... syg sjil tuu .. sye nak truskan bidang yg sye ceburi tuu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup aktif. sampai peringkat antarabangsa pon ada :)

      Delete
  13. sbp ni aktif kerr dlm bidang sukan akak? sbb sye prnah wakil negeri dlm sukan olahraga ... syg sjil tuu .. sye nak truskan bidang yg sye ceburi tuu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup aktif. sampai peringkat antarabangsa pon ada :)

      Delete
  14. aunty product sbp. skrg dlm dilema nak hantar ke tidak anak ke sbp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi belajar di mana2 pon sama kan aunty. yang penting perlu bijak menonjolkan diri :)

      Delete
  15. Tolong saya :( saya homesick duduk asrama sehingga mogok makan....tetapi ibu dan ayah saya merayu supaya teruskan duduk asrama....saya sangat2 homesick....ape yg patut saya buat?

    ReplyDelete
  16. Salam.. saya baru dpt tawaran sbp. Dah4 bulan bersekolah di sek biasa.. Saya keliru samada patut atau x saya terima tawaran tu.. tolong bantu..

    ReplyDelete
  17. Assalam..thanks for the info. Kepada adik2 anak2 y homesick.. tolong lawan sikap tu. Masa depan x boleh undur jika lepaskan peluang y baik. Homesick tu adalah sifat Malas & keakuan. X nk berkongsi & x nk bersusah... adik2 saya sekarang dah berterima kasih pd sy kerana memaksa mereka melawan homesick mereka. Kalau tidak...mereka x tentu hala sekarang. Terutama bila emak dah meninggal... jgn bergantung kpd org tua.. tanamlah semangat utk bantu org tua y semakin tua.. org tua kamu sengaja menggagahkan diri utk tengok kamu berjaya. Hakikatnya mereka semakin lemah & perlu bantuan kamu di masa2 akan dtg..

    ReplyDelete
  18. Saya pun product asrama penuh cuma belum ada jaguh dunia dari asrama penuh....yg ada cuma jaguh kampung

    ReplyDelete
  19. Boleh tau apa kemudaham yg ada di asrama SAKTI?dobi?dan bagaimana tahap disiplin pelajar?kes buli byk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah 6 tahun saya tinggalkan SAKTI. Kemudahan semakin banyak. Padang latihan untuk sukan seperti hoki, bola, ragbi, basketball dan sebagainya banyak. untuk keluar ke bandar Kota Tinggi pon mudah. bas Mara Liner sentiasa ada. kes buli banyak? setakat ni tiada kes serius.

      Delete
  20. Saya dah dapat tawaran tapi ayah dengan ibu kata bayaran dia mahal dan sekolah ni tak ada banyak beza pun. Betul ke? Saya sebenarnya nak sangat masuk tapi macam terlampau banyak je hal yang nak diuruskan untuk masuk

    ReplyDelete
  21. Bole bg tips utk atasi anak yg homesick x? Ank pompuan bongsu sy bru masuk SBP 4 ari ni menangis x mau dok asrama.. ari2 call jgn ckp la 3x kkdg 6x..rindu katanya.. kite ni ibu meleleh air mata berbelah bagi terfikir jugak betul ke keputusan masukkn asrama umur 13 thn ni? atau ini prkara biasa bg anak2 yg masuk asrama..abg die mrsm x de masalah pulak..😭

    ReplyDelete

 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI